KUIH tambah secubit garam Kemudian di tapis Masukkan


KUIH
LOMPAT  TIKAM KELANTAN

 

Salah satu kuih tradisional yang
terkenal di pantai timur ialah kuih lompat tikam.  Kuih ini senang didapati di pasar-pasar dan
menjadi kegemaran penduduk setempat. Kuih lompat tikam ini juga kebiasaanya
dipelopori oleh golongan yang berusia dan mereka leibh mahir dalam menghasilkan
kuih lompat tikam yang sedap

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

. Ia diperbuat daripada tepung beras dan santan.

Kuih lompat tikam mempunyai dua lapisan, iaitu
lapisan tepung yang biasanya bewarna hijau di bahagian bawah dan lapisan santan yang
bewarna putih di bahagian atas. Bahagian ini dibuat tawar kerana ia dimakan
bersama air nisan atau gula kabung.

Berbanding dengan negeri lain, Lompat Tikam
Kelantan lebih istimewa kerana ia ada tambahan pulut yang berwarna merah
sebagai highlight untuk menyerikan lagi dan membezakan ianya dari yang lain.
Ada yang kata tambahan pulut itu adalah pengaruh dari Siam yang tak boleh
berpisah daripada makanan berasaskan pulut.

Lompat tikam adalah makanan yang menjadi kesukaan
ramai di Kelantan dan di makan tidak mengira masa. Di Kelantan ia di jual dalam
bungkusan plastik dan sangat murah harganya jika di bandingkan dengan tempat
lain. Kalau kat kampung ita di Kota Bahru anda masih boleh lagi membeli dengan
harga 50 sen sahaja.. murah kan? tak pelik lah jika sampai aje ke Kota Bahru
ini dululah yang di cari oleh suami ita.

 

LOMPAT TIKAM KELANTAN

 

Resepi

Adunan Hijau

1 cawan tepung beras

1 sudu besar tepung jagung

3 1/2 cawan air ~ ita guna santan cair aje

6 helai daun pandan

secubit garam

 

Daun pandan di potong kecil. Masukkan dalam pengisar
dan kisar bersama 3 1/2 cawan air. Kemudian di tapis

Satukan tepung beras dan tepung jagung bersama air
pandan dan gaul rata. Ita tambah secubit garam

Kemudian di tapis

Masukkan dalam periuk dan masak hingga berwap.

Masukkan dalam loyang dan kukus selama 10 minit

Angkat dan biarkan sejuk

Kalau tak nak kukus masak sampai pekat dengan api
perlahan. Jangan lupa untuk senantiasa kacau supaya adunan tidak
berbintil-bintil. Ita malas nak kacau lama tu yg ita kukus terus.

 

Adunan Putih / Kepala santan

1/2 cawan santan pekat

1 cawan air

secubit garam

2 sudu besar tepung beras

1 helai daun pandan ~ di simpul

 

Satukan semua bahan di atas dan masak atas dapur
dengan api perlahan sambil di kacau

Bila mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Adunan
ni tak pekat ya.. kalau nak pekat lebihkan tepung beras.

 

Sirap Gula Melaka

1/2 cawan gula merah

1 buku gula Melaka ~ ita tambah

1 cawan air

sehelai daun pandan ~ di simpul

Satukan semua bahan dalam periuk dan masak hingga
pekat

Angkat setelah masak dan tapis

 

Pulut Merah

1 cawan pulut

sedikit pewarna merah

1 cawan air atau santan cair

secubit garam

sehelai daun pandan ~ di simpul

Rendam dahulu beras pulut bersama pewarna merah dan
air hingga kembang

Kemudian cuci dan dan bilas bersih

Satukan dengan santan cair, daun pandan dan secubit
garam. 

Masukkan dalam periuk nasi dan tanak hingga masak.
Boleh juga di kukus

 

x

Hi!
I'm William!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out